Wednesday, August 6, 2008

mari memancing

sekarang ni kalau pegi memancing dah tentulah dapat penat aje.Ikan dah macam tak ade sebab macam-macam sebab. Banyak la juga sungai di daerah hulu selangor dan tg malim saya pegi hasilnya hampeh.ada sungai, anak ikan pun dah tak nampak.ini semua kerana ada nelayan sambilan yang kiranya nak memunahkan aje.Dia orang ni guna racun tuba ikan dah tentulah semua krabat ikan tu pupus.ada orang pulak gunakan cara karen ikan. letak bateri kreta atas pelampung,pasang 2 wayar yang agak panjang satu simpulkan pada bahagian positif dan satu lagi pasang pada bahagian negatif.lepas tu letakkan lah plate besi di kedua-dua hujung wajar . ikatkan pada buluh. dah siaplah tu. bawaklah ke sungai. bila dah jumpa kawasan yang dikenal pasti ada banyak ikan masukkanlah kedua-dua hujung buluh yang ada plate tadi tu, satu dikiri dan satu dikanan maka ikan tu pun kenalah kejutan elektrik.jadi matilah ikan tersebut.Bagi saya perbuatan ni amat kejam sebab anak-anak ikan pun mati. Jadi kalau nak cari ikan jangan gunakan teknik ini ye. Saya cadangkan gunakan teknik memancing kerana teknik ini lebih mesra alam cuma tak digemari oleh kaum isteri kerana selalu ditinggalkan oleh abang-abang yang kaki mancing ni.Sama-samalah kita jaga kebersihan sungai dan patut-patutlah kalau nak kan ikan terutama ikan sungai.

4 comments:

Ghazali Lateh said...

Sonang yo! Poi yo mancing kek pasor. Den goma juo mancing tapi udang galah habih dah ditubo dek oghang. Hampeh...

Pok-Din Inc said...

kitorg mancin kt shopping kompleks je.. hehe.

Zahari Rusdi said...

dah lepas mancing tu....ko mai blog aku dengar lagu jazz plak

Mai said...

buat la trip ngan yg lain-lain kaki pancing tu ke tasik kenyir.. cuti sekolah next week jer ha..
2 in 1.. cuti-cuti malaysia...