Monday, August 4, 2008

Bicara akal

Bila masuk bulan ogos tak de lainlah yang terfikir mesti Hari Kemerdekaan. Tapi bila difikirkan balik macam tak de apa-apa pun. Kita sibuklah mengajar budak merdeka ni penting. Tapi apa yang mereka tahu hanya menjerit-jerit merdeka,merdeka,merdeka.Yang muda sikit sibuk nak kedataran merdeka nak sambut merdeka. di sana banyak aktiviti nak di buatnya. Yang penting pemergian merega memenuhi dataran merdeka tu lebihnya untuk berhibur dan tak lebih daripada itu. Mak bapak di rumah sibuk mengingatkan anak-anak jangan keluar malam-malam takut macam-macam perkara buruk yang berlaku. Tapi bila kita tonton tv keluarlah pujukan-pujukan menyuruh remaja-remaja ni berhibur. contohnya Datanglah beramai-ramai ke dataran merdeka untuk memeriahkan dan menunjukkan semangat patriotik anda sempena hari sambutan kemerdekaan. Ramai artis akan hadir masuk percuma.Hai nTak tahulah kalau ini yang dikatakan semangat cinta akan negara.Satu pihak kata jangan satu pihak kata boleh. akhirnya remaja kita juga yang hancur. Lepas tu kita sebok suruh cikgu betulkan keadaan.Kalau tak dapat dibetulkan kata cikgu gagal. Tapi yang sebenarnya tak tahulah siapalah yang salah. sama-samalah kita fikirkan.

No comments: