Sunday, August 10, 2008

smk Kuala Kubu Baru

Pagi tadi saya di suruh oleh Zahari untuk membuka laman Blog Suluh penghidupan katanya ada pesanan untuk ssaya.Saya pun bukalah. Apabila saya buka dan melihat sahaja lencana sekolah SMK KKB tiba-tiba rasa sebak pula. Teringatlah kisah-kisah lam masa sekolah dulu, adalah kenangan yang baik dan tak kurang juga yang tak baik.Walau bagaimana pun saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada yang membangunkan laman SMK KKB ni. Tapi kalau boleh laman ni biarlah boleh di interaktifkan. Mungkin ada rakan-rakan yang lain nak tolong membantu memberikan idea, bahan-bahan yang dapat membawa manfaat kepada pengunjung laman ini.Bak kata orang tua kalau kita berpakat semua kerja boleh buat. yang banyak jadi sikit,yang susah jadi senang yang berat jadi ringan yang sikit boleh jadi banyak dan banyak yang lagi lah.

Wednesday, August 6, 2008

mari memancing

sekarang ni kalau pegi memancing dah tentulah dapat penat aje.Ikan dah macam tak ade sebab macam-macam sebab. Banyak la juga sungai di daerah hulu selangor dan tg malim saya pegi hasilnya hampeh.ada sungai, anak ikan pun dah tak nampak.ini semua kerana ada nelayan sambilan yang kiranya nak memunahkan aje.Dia orang ni guna racun tuba ikan dah tentulah semua krabat ikan tu pupus.ada orang pulak gunakan cara karen ikan. letak bateri kreta atas pelampung,pasang 2 wayar yang agak panjang satu simpulkan pada bahagian positif dan satu lagi pasang pada bahagian negatif.lepas tu letakkan lah plate besi di kedua-dua hujung wajar . ikatkan pada buluh. dah siaplah tu. bawaklah ke sungai. bila dah jumpa kawasan yang dikenal pasti ada banyak ikan masukkanlah kedua-dua hujung buluh yang ada plate tadi tu, satu dikiri dan satu dikanan maka ikan tu pun kenalah kejutan elektrik.jadi matilah ikan tersebut.Bagi saya perbuatan ni amat kejam sebab anak-anak ikan pun mati. Jadi kalau nak cari ikan jangan gunakan teknik ini ye. Saya cadangkan gunakan teknik memancing kerana teknik ini lebih mesra alam cuma tak digemari oleh kaum isteri kerana selalu ditinggalkan oleh abang-abang yang kaki mancing ni.Sama-samalah kita jaga kebersihan sungai dan patut-patutlah kalau nak kan ikan terutama ikan sungai.

Monday, August 4, 2008

Bicara akal

Bila masuk bulan ogos tak de lainlah yang terfikir mesti Hari Kemerdekaan. Tapi bila difikirkan balik macam tak de apa-apa pun. Kita sibuklah mengajar budak merdeka ni penting. Tapi apa yang mereka tahu hanya menjerit-jerit merdeka,merdeka,merdeka.Yang muda sikit sibuk nak kedataran merdeka nak sambut merdeka. di sana banyak aktiviti nak di buatnya. Yang penting pemergian merega memenuhi dataran merdeka tu lebihnya untuk berhibur dan tak lebih daripada itu. Mak bapak di rumah sibuk mengingatkan anak-anak jangan keluar malam-malam takut macam-macam perkara buruk yang berlaku. Tapi bila kita tonton tv keluarlah pujukan-pujukan menyuruh remaja-remaja ni berhibur. contohnya Datanglah beramai-ramai ke dataran merdeka untuk memeriahkan dan menunjukkan semangat patriotik anda sempena hari sambutan kemerdekaan. Ramai artis akan hadir masuk percuma.Hai nTak tahulah kalau ini yang dikatakan semangat cinta akan negara.Satu pihak kata jangan satu pihak kata boleh. akhirnya remaja kita juga yang hancur. Lepas tu kita sebok suruh cikgu betulkan keadaan.Kalau tak dapat dibetulkan kata cikgu gagal. Tapi yang sebenarnya tak tahulah siapalah yang salah. sama-samalah kita fikirkan.

Wednesday, July 30, 2008

ingat dulu-dulu

tiba-tiba hari ni teringat pulak masa sekolah di SMK kuala Kubu Baru 1987-1988, tak tahu la apa khabar member yang tinggal asrama rumah. Si Pian ada dengar khabarnya. Tapi yang lain macam Sidi-Sg Buaya, Fazli - minat Jazz, Mahatir, Roseli - yang selalu dengan sapu tangannya,Ghafar - Kg Soeharto,Ujang- ada di jumpa juga di kg kuantan cuma tak sempat tanya khabar,tengok dia lalu depan rumah aje.Ada seorang lagi ala.. lupa pulak namanya. O.. dah ingatdah Si Romzi yang hensem, yg sibuk dengan gigi depannya yang sompek. Tak tahulah dulu kita kawan-kawan tapi hari ni kita macam langsung tak ambil berat dengan persahabatan yang pernah kita ade dulu. kawan-kawan sepatutnya susah senang kita kena juga ambil tahu. Cuma kawan-kawan janganlah kita berkumpul untuk tujuan menjual dan memasarkan produk jualan langsung.Kalau kawan-kawan baca bolehlah antar ke email rezaimi@yahoo.com. Terima kasih.

Tuesday, July 29, 2008

permulaan dunia blog saya

mula-mula macam tak minat aje. Tapi bila kawan-kawan dah banyak tahu rasa macam orang zaman batu pulak jauh ketinggalan. Bak kata orang "orang dah ke bulan awak baru nak bangun tido". Tapi tak pe..lah. Jadi pesan kepada rakan-rakan yang tak ade minat tu, kenalah minat jugak terutama kalau umur dah jauh ni. bukan ape-ape buat persediaan nak buat kawalan terhadap anak-anak, jgan sampai kite kena gula-gula dek anak aje.